Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah."

2 amalan = 2500 pahala sehari...

|




Sayyidina Abdullah Bin Amr R.anhu berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: "Terdapat dua perkara sekiranya mana-mana orang Islam beramal dengan kedua-dua perkara tersebut, maka dia akan masuk syurga. Kedua-dua amalan itu mudah dan orang yang beramal dengannya sikit. (Pertama) dia mengucapkan Subhanallah sepuluh kali setelah selesai solat fardu, mengucap Alhamdulilah sepuluh kali dan mengucap Allahuakhbar sepuluh kali."

Sayyidina Abdullah R.anhu berkata bahawa saya melihat Rasulullah saw mengira kalimah-kalimah tasbih itu dengan jari. Rasulullah saw berkata lagi: "Itu semua seratus lima puluh pada lisan (setiap kalimah dibacakan sepuluh-sepuluh kali selepas solat 5 waktu), sedangkan seribu lima ratus (pahala) pada mizan (timbangan)(setelah sepuluh kali).

Dan (Kedua) apabila dia pergi ke tempat tidurnya, hendaklah dia membaca subhannallah, Alhamdulilah dan Allahuakhbar sebanyak seratus kali (dengan cara dia membaca Subhannaallah 33 kali, Alhamdulilah 33 kali, dan Allahukhbar 34 kali). Maka itu ialah seratus kali pada lisan tetapi seribu (pahala) pada mizan (timbangan). (Jumlah ganjaran pahala bacaan sebelum tidur dan selepas setiap solat sepanjang hari akan menjadi dua ribu lima ratus).

Nabi saw bersabda: "Siapakah yang mungkin melakukan sebanyak dua ribu lima ratus dosa sepanjang hari. (Yakni tidak mungkin akan ada dosa sebanyak itu sebaliknya pahala telah diperoleh sebanyak itu). Sayyidina Abdullah R.anhu bertanya lagi: "Mengapakah orang yang beramal dengan amal itu sedikit?" Baginda saw menjawab: "(Sebabnya ialah) syaitan menghampiri seseorang yang sedang bersolat lalu berkata, "Ingatlah itu, ingatlah ini," sehingga syaitan menyibukkannya (dengan ingatan-ingatan sedemikian supaya terlupa mengucapkan kalimah itu) dan mungkin dia sendiri tidak sedar. Syaitan juga menghampirinya semasa tidur dan berusaha menidurkannya sehingga dia tertidur (tanpa membacakan kalimah-kalimah itu)."

Hadis Riwayat Ibnu Hibban

0 comments:

Post a Comment