Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah."

PERINGATAN UNTUK WANITA

|

PERINGATAN UNTUK WANITA
(Diambil dari sabda-sabda Rasulullah S.A.W)


1. Wanita solehah adalah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.
2. Wanita apabila melaksanakan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan,
memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia memasuki
mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.
3. Saidatina Aisyah r.a. berkata: "Saya pernah bertanyakan Rasulullah S.A.W
tentang siapakah manusia yang terlebih berhak terhadap wanita?" Jawab Rasulullah
S.A.W: "Suaminya". Bertanya pula Aisyah: "Siapa pula terlebih berhak terhadap
lelaki?". Jawab Rasulullah S.A.W: "Ibunya".
4. Apabila kamu dipanggil oleh kedua ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu
terlebih dahulu.
5. Sesiapa yang dikurniakan Allah wanita yang solehah, sesungguhnya ia telah
dikurniakan separuh dari agamanya, maka yang separuh lagi hendaklah ia berbakti
(bertakwa) kepada Allah.
6. Sebaik-baik wanita ialah yang tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan
mustahak. Wanita apabila keluar akan dipersonakan (digoda) oleh iblis.
7. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan
muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah
S.A.W bersama isteri-isteri baginda (Ummu Salamah dan Maimunah), datang
seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah S.A.W menyuruh kedua-dua
isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu
tidak dapat melihat kami ya Rasulullah S.A.W?". Rasulullah S.A.W menjawab:
"Bukankah kamu dapat melihatnya?."
8. Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan di hadapan orang
sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina yakni spt perempuan zina.
9. Tidak memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak menghina
mereka melainkan yang hina.
10. Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.
11. Wanita itu boleh dikahwini dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya
dan agamanya. Hendaklah kamu mendapatkan yang kuat agamanya, tentu ia akan
memberi ketenangan kepada kamu.
12. Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya dan cepat pula
kehamilannya dan ringan maharnya (mas kahwin).
13. Wanita yang taatkan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air,
malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana
ia masih taatkan suaminya dan diredhai (serta dipelihara akan sembahyang dan
puasanya).
14. Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup 7 pintu neraka dan
akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang disukainya
dengan tidak dihisab.
15. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan rasa tersinggung hati
suaminya, maka ia dimurkai Allah sehingga ia kembali bermanis muka dan
tersenyum mesra terhadap suaminya.

2 amalan = 2500 pahala sehari...

|




Sayyidina Abdullah Bin Amr R.anhu berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: "Terdapat dua perkara sekiranya mana-mana orang Islam beramal dengan kedua-dua perkara tersebut, maka dia akan masuk syurga. Kedua-dua amalan itu mudah dan orang yang beramal dengannya sikit. (Pertama) dia mengucapkan Subhanallah sepuluh kali setelah selesai solat fardu, mengucap Alhamdulilah sepuluh kali dan mengucap Allahuakhbar sepuluh kali."

Sayyidina Abdullah R.anhu berkata bahawa saya melihat Rasulullah saw mengira kalimah-kalimah tasbih itu dengan jari. Rasulullah saw berkata lagi: "Itu semua seratus lima puluh pada lisan (setiap kalimah dibacakan sepuluh-sepuluh kali selepas solat 5 waktu), sedangkan seribu lima ratus (pahala) pada mizan (timbangan)(setelah sepuluh kali).

Dan (Kedua) apabila dia pergi ke tempat tidurnya, hendaklah dia membaca subhannallah, Alhamdulilah dan Allahuakhbar sebanyak seratus kali (dengan cara dia membaca Subhannaallah 33 kali, Alhamdulilah 33 kali, dan Allahukhbar 34 kali). Maka itu ialah seratus kali pada lisan tetapi seribu (pahala) pada mizan (timbangan). (Jumlah ganjaran pahala bacaan sebelum tidur dan selepas setiap solat sepanjang hari akan menjadi dua ribu lima ratus).

Nabi saw bersabda: "Siapakah yang mungkin melakukan sebanyak dua ribu lima ratus dosa sepanjang hari. (Yakni tidak mungkin akan ada dosa sebanyak itu sebaliknya pahala telah diperoleh sebanyak itu). Sayyidina Abdullah R.anhu bertanya lagi: "Mengapakah orang yang beramal dengan amal itu sedikit?" Baginda saw menjawab: "(Sebabnya ialah) syaitan menghampiri seseorang yang sedang bersolat lalu berkata, "Ingatlah itu, ingatlah ini," sehingga syaitan menyibukkannya (dengan ingatan-ingatan sedemikian supaya terlupa mengucapkan kalimah itu) dan mungkin dia sendiri tidak sedar. Syaitan juga menghampirinya semasa tidur dan berusaha menidurkannya sehingga dia tertidur (tanpa membacakan kalimah-kalimah itu)."

Hadis Riwayat Ibnu Hibban