Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah."

Fadhilat Ramadhan 1

|

Antara banyak bulan, bulan ramadhan yang paling dinanti-nanti oleh manusia yang beriman. Banyak ganjaran pahala yang ditawarkan kepada hambaNya. Hazrat Salman r.a berkata berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan Sya’aban: Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah s.w.t telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardu dan berdiri pada malam hari sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardu pada bulan itu adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardu pada bulan-bulan lain. Jadi ingatlah bahawa bulan ini adalah bulan yang membawa keberkahan kepada umat semuanya dan berlumba-lumbalah mencapai kenikmatannya.

Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. bulan ramadhan adalah bulan simpati, bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman.sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat genjarannya.para sahabat r.an. hum lalu berkata,

"bukanlah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa."

Maka Rasulullah bersabda,

"Allah memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."

0 comments:

Post a Comment