SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL
oleh: Ustazah Noorbayah Mahmood.
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.
Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu
rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun.
INSYALLAH"
Fadhilat Ramadhan 1
Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. bulan ramadhan adalah bulan simpati, bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman.sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat genjarannya.para sahabat r.an. hum lalu berkata,
"bukanlah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa."
Maka Rasulullah bersabda,
"Allah memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."
ALLAH: BUKAN BAHASA BIBLE
ALLAH: BUKAN BAHASA BIBLE
Isu berkenaan tuntutan pihak Kristian terhadap kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka masih lagi hangat diperkatakan. (Rujuk The Sun, Ruangan Herald The Catholic Weekly )
Pihak yang menuntut mendakwa bahawa kalimah Allah ialah terjemahan dari bahasa Inggeris yang mengunakan kalimah God di dalam bible Versi English mereka. Sekiranya tuntutan ini dipenuhi kita akan melihat di dalam bible Kristian ayat-ayat berbunyi seperti berikut:-
“Engkau adalah Messias anak Allah yang hidup “
( Matius 16 : 16 )
“..Kerana ia telah berkata :Aku adalah anak Allah.”
( Matius 27 : 43 )
“ Kasih kurnia menyertai kamu dan damai sejahtera dari Allah, bapa kita dan dari Tuhan Yesus ( Jesus ) Kristus. (Galatia 1 : 3 )
Serta banyak lagi ayat-ayat lain yang tidak perlu diperincikan di sini. Jelasnya, dalam menangani isu ini, kita perlu merujuk kembali kepada fakta sebenar. Iaitu, apakah bahasa asal penulisan kitab Taurat dan Holy Bible? Berdasarkan fakta, bahasa asal kitab Taurat adalah bahasa Hebrew manakala bahasa yang digunakan bagi penulisan kitab Holy Bible ialah bahasa Greek. Kalimah tuhan dalam bahasa Hebrew ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, di dalam The
Gospel of
Kira-kira jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring: “Eli,Eli, lama sabakhtani?”Ertinya: Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku ?”
Manakala di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud tuhan ialah Theos. Orang-orang Rom yang menyembah Tuhan yang disepakati oleh mereka sebagai Tuhan yang sebenar memanggil Tuhan ini sebagai Hotheos. Manakala sekiranya ada di kalangan mereka yang menyembah Tuhan palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tontheos.
Perhatikan! Bagi kedua-dua bahasa yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun yang menyebut kalimah Allah Sesetengah sarjana Kristian menyatakan bahawa alasan yang paling kukuh bagi mereka untuk dibenarkan penggunaan kalimah Allah ialah berdasarkan penggunan kalimah Allah di dalam kitab Bible versi Arabic.
Sememangnya diakui kalimah Allah digunapakai di dalam Bible berbahasa Arab. Bible versi bahasa Arab tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi Alkitab Al-Muqaddas. Begitu juga Bible berbahasa Melayu yang menggunakan nama yang sama? Di dalam terjemahan Bible bahasa Melayu mereka menamakannya sebagai Al-kitab berita baik.*
Perlu dinyatakan bahawa kalimah Allah wujud di dalam Bible bahasa Arab adalah kerana sesetengah Kristian Arab (seperti Syria, Mesir dan lain-lain) yang wujud sebelum kedatangan Islam meyakini konsep Unity (Keesaan Allah). Ia berbeza sama sekali dengan konsep Trinity (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari ini termasuk mereka yang terlibat dengan tuntutan isu kalimah Allah ini.
Maka hujah yang dijadikan sandaran sebagai alasan untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak masuk akal kerana golongan Kristian Trinity sendiri mengkafirkan golongan Kristian Unity. Terdapat juga sarjana mereka yang menyatakan bahawa kekeliruan tidak akan sekali-kali timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan tersebut adalah merujuk kepada
penterjemahan dari kalimah God dalam Bible bahasa Inggeris sedangkan kalimah Tuhan adalah terjemahan dari kalimah Lord.
Pandangan mereka ini juga mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam Bible mereka. Persoalannya, apakah perbezaan antara Allah dan Tuhan dalam agama Kristian?
Sekiranya mereka mendakwa bahawa Tuhan adalah merujuk kepada Nabi Isa sedangkan Allah adalah merujuk kepada Tuhan Bapa di dalam syurga maka mereka perlu mengetahui bahawa ayat yang akan dinyatakan di bawah ini membuktikan bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja! Perhatikan di dalam The Gospel Of St. Mark 12:29 menyebut :
Jawab Jesus : “Hukum yang terutama ialah : Dengarlah wahai Bani
Saya bertanya kepada orang-orang Kristian, siapakah Tuhan Yang Esa yang dimaksudkan di dalam ayat di atas? Adakah Nabi Isa? Tidak! Lafaz Tuhan yang dimaksudkan di atas adalah merujuk kepada Allah semata-mata. Sekali lagi bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan oleh sarjana mereka bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible adalah merujuk kepada Nabi Isa!
Sekiranya mereka berhujah dengan menyatakan bahawa dalil yang paling jelas menunjukkan kalimah Tuhan adalah merujuk kepada Nabi Isa sedangkan kalimah Allah adalah merujuk kepada Tuhan Bapa, iaitu seperti dinyatakan di dalam The Gospel Of St.Matius 16:22 yang menyebut :
Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya :“Tuhan, (Jesus) semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu”.
Maka mereka perlu menyelesaikan dahulu percanggahan di antara kedua ayat yang telah dinyatakan tadi. Sama ada Tuhan itu adalah Nabi Isa sahaja ataupun Tuhan juga adalah Allah! Di samping itu, kita juga tidak lupa untuk menyeru agar mereka memerhatikan kata-kata Jesus sendiri terhadap keesaan Allah. Perhatikan The Gospel Of St.John 20:17 yang menyebut :
Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudaraKu dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada BapaKu dan Bapamu, AllahKu dan Allahmu.”
Dalam The Gospel Of St. Matthew 22:37 :menyebut :
Jawab Jesus kepadanya: “ Kasihilah Tuhan Allahmu dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan segenap akal budimu.
Dalam erti kata lain Nabi Isa bukannya Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Nabi Isa sendiri menyatakan bahawa Tuhan yang sebenar ialah Allah! Kesimpulannya, larangan terhadap penggunaan kalimah Allah yang diwartakan menerusi keputusan kabinet yang bersidang pada 16 Mei 1986 adalah amat wajar. Empat perkataan dikhususkan hanya buat umat Islam dan sama sekali tidak dibenarkan penggunaannya oleh Non Muslim iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah. Sesetengah negeri pula contohnya selangor, telah menambah lagi beberapa perkataan yang dianggap mengelirukan sekiranya digunakan oleh Non Muslim.
Jelaslah di sini kewajaran kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah
Allah digunakan oleh Non Muslim yang bertujuan untuk mengelakkan
kekeliruan di kalangan masyarakat apabila terminologi yang tidak tepat
digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu.
Sumber,
Caw. Aqidah
PP (Ancaman Agama)
Kejadian Aneh



Asal mula alam semesta digambarkan dalam Al Qur'an pada ayat berikut:
"Dialah pencipta langit dan bumi." (Al Qur'an, 6:101)
Keterangan yang diberikan Al Qur'an ini bersesuaian penuh dengan penemuan ilmu pengetahuan masa kini. Kesimpulan yang didapat astrofisika saat ini adalah bahwa keseluruhan alam semesta, beserta dimensi materi dan waktu, muncul menjadi ada sebagai hasil dari suatu ledakan raksasa yang tejadi dalam sekejap. Peristiwa ini, yang dikenal dengan "Big Bang", membentuk keseluruhan alam semesta sekitar 15 milyar tahun lalu. Jagat raya tercipta dari suatu ketiadaan sebagai hasil dari ledakan satu titik tunggal. Kalangan ilmuwan modern menyetujui bahwa Big Bang merupakan satu-satunya penjelasan masuk akal dan yang dapat dibuktikan mengenai asal mula alam semesta dan bagaimana alam semesta muncul menjadi ada.
Sensor sangat peka pada satelit ruang angkasa COBE yang diluncurkan NASA pada tahun 1992 berhasil menangkap sisa-sisa radiasi ledakan Big Bang. Penemuan ini merupakan bukti terjadinya peristiwa Big Bang, yang merupakan penjelasan ilmiah bagi fakta bahwa alam semesta diciptakan dari ketiadaan.

Cerita Yusuf Islam
Seminggu terakhir ini saya cukup banyak membaca cerita-cerita mengenai perjuangan para syuhada, para mualaf, dan Islam secara umum. Nah disini saya ingin lebih membahas tentang seniman dari Inggris yang sekarang mengabdi kepada Islam.
Ya dialah Yusuf Islam, nama asli pentasnya adalah Cat Steven. Dialah adalah orang inggris, yang dimana merupakan penyanyi yang cukup terkenal pada masa itu (sekitar akhir 60an dan awal 70an). Salah satu lagu yang saya sukai adalah ‘Father and son’ (silahkan lihat di sini untuk versi sebelum ia masuk Islam, dan di sini ketika dia sudah memeluk Islam).
Dan kenapa Cat Steven berpindah kepada Islam? Inilah hal yang menarik. karena disaat dia dekat dengan kematiannya ia mendapat pertolongan tuhan. Di sini (latar belakang Yusuf Islam dan keislamannya) diceritakan bahwa ketika dia sedang berlibur di malibu (1975), dia terseret ombak ketika berenang di pantai. Dan dalam keadaan yang timbul-tenggelam itu, ia berkata “Oh God! If you save me, I’ll work for you”, dan secara perlahan-lahan ombak itu mengantarnya kembali ke pantai. Dan akhirnya dia mulai mencari tuhan, sampai suatu saat saudara kandung dia memberikan terjemahan dari Alquran kepada dia. Dan dari situlah ia menyadari akan keindahan Islam. Dan Alhamdulillah ia mulai memeluk Islam pada tahun 1977, dan menukar namanya menjadi Yusuf Islam pada tahun 1978.
Kenapa memilih nama Yusuf? seperti pernyataan dia dalam video yang sama seperti di atas (Video ini sangat dianjurkan untuk dilihat, dan ini bisa menginspirasimu menuju jalan Allah swt), ia sangat menyukai kisah Nabi Yusuf dalam Alquran (Joseph dalam versi Inggrisnya), sehingga ia memilih nama tersebut.
Dan sekarang beliau mendedikasikan dirinya dalam dunia pendidikan, kedamaian dunia, dan juga masih berkecimpung dalam bidang seni (penyanyi). Dan karya-karya lagu islaminya yang terkenal antara lain: A is for Allah (Lagu ini sangat dihimbau untuk didengar, dan eksplor lagu islami lainnya dari Yusuf Islam), if you ask me, I Look I See.
Terakhir (satu minggu lalu) saya membaca tentang Pete Doherty (vokalis Band Babyshambles) ketika di penjara juga membaca terjemahan tentang AlQuran, dan dia sekarang memeluk Islam (semoga kabar ini memang benar adanya). Saya harap Pete dapat seperti Yusuf Islam, yang memang teguh dalam pendiriannya dan pembaktiannya kepada Islam. AminPROSES PEMBENTUKAN BUMI
“Dahulu Ka’bah adalah bukit kecil di atas air kemudian dibentangkanlah bumi dari (bawah)nya.” (An-Nihayah fi Gharib Al-Hadits wa Al-Atsar, Juz II, hlm. 34-35)
Ulasan Hadits
Hadits yang dianggap gharib (aneh) oleh ulama-ulama dahulu mahupun moden mengandungi fakta ilmiah yang belum ditemukan oleh manusia kecuali pada pertengahan dekad 60-an abad ke-20. Setelah usaha keras yang melibatkan ribuan pakar dan waktu yang cukup panjang, dibuktikan kepada umat manusia bahawa bumi kita ini pada awal penciptaannya penuh dengan air sampai tidak ada kawasan kering yang tampak sedikitpun.
Kemudian Allah menghendaki untuk memuntahkan dasar samudera luas dengan letusan gunung berapi hebat yang terus menerus memuntahkan lava yang menggumpal satu sama lain, membentuk rentetan pergunungan di tengah samudera belantara ini. Pergunungan ini terus meninggi dan meninggi sampai tampak ke permukaan air yang membentuk daratan pertama dalam bentuk pulau vulkanik yang mirip dengan sejumlah kepulauan vulkanik yang sekarang tersebar di seluruh samudera, misalnya kepulauan Jepun, Filipina, Indonesia, dan Hawai. Sampai sekarang kepulauan-kepulauan vulkanik ini tetap membentuk sebagai puncak-puncak rantai pergunungan samudera.
Dengan terus menerus berlangsungnya aktiviti gunung berapi, kepulauan vulkanik pertama inipun berkembang secara bertahap melalui proses pengembangan (memanjang, meluas, meningkat, bertambah, dan bertumbuh kerana pergolakan gunung berapi yang berlanjutan) sehingga terbentuk benua induk yang dikenal dengan nama Benua Pangea.

Allah SWT kemudian berkehendak membelah benua induk ini melalui jaringan retakan-retakan dan penyekungan bumi yang akhirnya mengakibatkan benua ini terbelah menjadi tujuh benua yang kita kenal sekarang ini bahkan antara satu benua dengan yang lain saling menjauh sampai berada pada posisinya sekarang ini. Proses ini dikenal dengan sebutan “siklus samudera dan daratan”. Dalam proses ini, sebahagian dari dasar samudera berubah menjadi daratan oleh letusan gunung berapi yang terus menerus berulang. Daratan juga membelah dengan proses akibat retakan dan penyekungan bumi menjadi dua bahagian terpisah oleh lautan yang memanjang seperti Laut Merah bahkan laut ini senantiasa meluas sehingga berubah menjadi samudera.
Sinyalemen Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu: Dahulu Ka’bah adalah bukit kecil di atas air kemudian dibentangkanlah bumi dari (bawah)nya dianggap sebagai fenomena awal ilmiah yang menjadi bukti bahwa beliau menerima wahyu dari Allah dan diajar Sang Pencipta langit dan bumi kerana tidak satu pun makhluk — pada zaman Nabi juga beberapa abad setelahnya — mengetahui fakta-fakta ini kecuali baru pada dekad 60-an abad ke-20.
Di luar jangkauan disiplin ilmu kasbi (kebalikan ilmu ladunni, iaitu ilmu yang diperoleh manusia melalui proses belajar) hadis ini menambahkan satu fakta ilmiah lainnya, bahwa daratan di bawah Ka’bah merupakan daratan yang paling tua (pertama) di bumi. Daratan di bawah Ka’bah merupakan bebatuan yang tertua di seluruh semesta. Fakta ini belum boleh dibuktikan oleh disiplin ilmu kasbi. Oleh kerana itu, kaum muslimin harus meneliti masalah ini dengan menentukan usia bebatuan yang ada di bawah Ka’bah melalui unsur-unsur radioaktif yang ada di sana — jika memang ada — sehingga fakta ilmiah ini dapat diajukan kepada dunia seluruhnya, muslim mahupun non-muslim.
Jika memang dapat dibuktikan, maka ini akan menjadi prasasti yang tidak terbantahkan pada era sains dan teknologi sekarang ini. Juga menjadi bukti otoritatif bagi seluruh manusia dan kesaksian kenabian nabi dan rasul penutup Muhammad SAW. Sekaligus menjadi bukti yang menegaskan kemuliaan tempat suci ini yang sengaja dipilih Allah dengan pengetahuanNya yang melingkupi segala sesuatu untuk menjadi lokasi dibangunnya rumah pertama yang didirikan untuk umat manusia di muka bumi, sebagai kiblat kaum muslimin, tempat haji dan umrah. Allah pun melipatgandakan barakah tempat itu dengan menjadikan satu amal kebaikan di sana menjadi 100 ribu kali lipat, dan mensucikannya berikut tanahnya sejak penciptaan langit dan bumi.
Semoga shalawat kesejahteraan, salam kedamaian, dan keberkahan selalu tercurahkan kepada beliau beserta keluarga, sahabat, dan mereka yang mengikuti petunjuknya dan berdakwah di jalanNya sampai kiamat kelak. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
(Sumber: Pembuktian Sains Dalam Sunnah (Buku 2), oleh: Dr. Zaghlul An-Najjar)
Kejadian Alam Daripada Asap
Mukkadimah Alam semesta tidak terus wujud dalam bentuk yang kita lihat pada hari ini. Sebaliknya ia melalui beberapa proses tertentu. Antara proses itu ialah kelahiran gas-gas hidrogen dan helium yang kemudiannya bercantum
sehingga menjadi gumpalan asap raksasa. Dalam surah al-Fussilat ayat 11 Allah berfirman yang bermaksud, “Kemudian Dia menuju ke langit dan langit ketika itu berbentuk asap lalu Dia berkata kepadanya dan bumi, ‘Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa’. Keduanya menjawab, ‘Kami datang dengan tunduk’.”
Apabila kita mengamati ayat ini secara mendalam kita mendapati ia mengandungi beberapa konsep kosmologi yang menarik.
Pertama, ayat ini menjelaskan bahawa Allah menuju ke langit dan langit ketika itu berbentuk asap. Langit melambangkan kosmos yang luas. Kenyataan ini memang selari dengan penemuan semasa dan hal ini akan dibincangkan kemudian. Kedua, Allah mengarahkan langit dan bumi agar keluar menjelma daripada asap yang memenuhi kosmos di peringkat awal kejadian alam. Ia menunjukkan bahawa asap di kosmos menjadi batu bata kepada kelahiran bintang, galaksi, bumi dan yang seumpamanya….
Kejadian Langit dan Bumi Daripada Asap
Dalam surah Fussilat ayat 11, Allah mengatakan langit dan bumi di peringkat awal dahulu kekosongan daripada sebarang objek di langit. Yang wujud ialah asap. Daripada asap ini lahirlah bintang-bintang serta galaksi disusuli dengan kelahiran sistem suria dan bumi. Berhubung dengan ini, dalam kitab Al-Asas fit Tafsir, As-Syeikh Said Hawa berkata, “Sesungguhnya memang sudah ada suatu keyakinan bahawa sebelum terjadinya bintang-bintang, keadaan di angkasa raya adalah dalam bentuk gas seperti asap. Pandangan seperti ini dapat diterima sebagai sahih kerana ia begitu hampir dengan maksud kalimat dukhan dalam al-Quran.”

Kalimat yang digunakan dalam ayat ini yang melambangkan asap ialah dukhan. Dalam bahasa Inggeris dukhan bermaksud smoke. Penggunaan kalimat asap atau smoke ini memang selari dengan penemuan semasa kerana asap lahir dari satu suasana yang panas dan suasana di peringkat awal kejadian alam sememangnya panas.
Ketika menceritakan tentang asap ini, para saintis mengaitkannya dengan gas-gas (terutamanya hidrogen dan helium) yang wujud seperti awan tebal di peringkat awal dahulu. Para saintis menyifatkan asap daripada gas ini sebagai dark clouds, clouds of gas, fog of neutral hydrogen and helium. hot mass of gas dan yang seumpamanya. Ia bermaksud gas-gas di peringkat awal kejadian langit dan bumi wujud dalam bentuk seperti “awan-awan hitam, awan-awan daripada gas, awan-awan gas daripada hidrogen dan helium, gas bersuhu tinggi” dan yang seumpamanya.
Kejadian langit dan bumi daripada asap menyentuh tentang kejadian objek-objek daripada asap. Oleh sebab bumi merupakan satu objek maka langit yang difirmankan Allah juga merupakan objek-objek seperti bintang, galaksi dan seumpamanya. Kesemua objek ini lahir daripada asap.
Salah satu kajian yang dilakukan dalam bidang ilmu astrofizik ialah mengenal pasti keadaan alam selepas berlakunya peristiwa Big Bang. Kajian menunjukkan, pengembangan alam berlaku dalam keadaan suhu yang tinggi di peringkat itu. Selepas masa berlalu lebih kurang tiga minit proses penyejukan pula berlaku. Keadaan ini memungkinkan kelahiran proton dan neutron dan percantuman kedua-duanya melahirkan nukleus. Nukleus ini kemudiannya bercantum dengan elektron dan dengan itu lahirlah atom hidrogen dan helium.
Selepas 300,000 tahun berlalu (selepas Big Bang), gas-gas hidrogen dan helium bercantum kesan daripada tarikan graviti dan dengan itu lahirlah gumpalan-gumpalan asap raksasa. Daripada gumpalan-gumpalan asap ini, selepas berlalu masa jutaan tahun, lahirlah bintang-bintang, galaksi, planet dan bumi. Hal ini disebutkan dalam The Vindication of the Big Bang: Breakthroughs and Barriers (Parker, Barry R., Plenum Press, New York, 1993).
Penemuan semasa mengesahkan fenomena kejadian alam daripada asap ini. Dalam artikel bertajuk Gas Clouds In Space: Remnants Of The Big Bang di San Francisco Examiner bertarikh 14 Januari 2000, Keay Davidson melaporkan bahawa para saintis menemui gas hidrogen yang bergerak seumpama awan di kawasan angkasa dengan kelajuan lebih kurang 300 batu sejam. Para saintis berpendapat gumpalan gas ini wujud memenuhi kosmos selepas berlakunya ledakan Big Bang dahulu.
National Radio Astronomy Observatory Socorro, New Mexico.News Release, pada 25 Julai 2003, di bawah tajuk Giant Gas Cloud Made Of Atoms Formed In First Stars, melaporkan tentang satu penemuan yang menunjukkan bahawa di peringkat awal kejadian alam, molekul-molekul gas telah memenuhi angkasa dan daripadanya lahirlah bintang-bintang.
Pada tanggal 25 November 1999, di bawah tajuk Puzzle Of Galactic Evolution Solved pula, Science Daily Online melaporkan satu penemuan oleh para saintis daripada Universiti Wisconsin-Madison. Penemuan ini dianggap mampu menjawab persoalan yang selama ini menghantui pakar-pakar astronomi. Mereka mendapati awan-awan raksasa yang dipenuhi gas memainkan peranan penting untuk melahirkan bintang-bintang dan juga galaksi-galaksi di langit sebelum ini. Di samping itu sebahagian daripada awan ini menentukan komposisi kimia di galaksi-galaksi dengan menghujaninya dengan gas-gas tertentu dari masa ke semasa. Penemuan ini pada asalnya dilaporkan dalam jurnal Nature.
Tambahan daripada itu, dalam Universe Today Online bertarikh 2 Februari 2005, di bawah tajuk Missing Matter Could Be Clouds of Gas, dilaporkan bahawa pihak NASA di Chandra X-Ray Observatory menemui dua gumpalan awan raksasa yang dipenuhi gas-gas bersuhu tinggi. Kajian pakar-pakar menunjukkan gas-gas seumpama awan ini mampu melahirkan galaksi-galaksi yang mengandungi berbilion bintang.
Kita boleh simpulkan bab ini dengan merujuk kepada laporan yang dibuat oleh Space Telescope Science Institute di http://origins.stsci.edu. Di bawah tajuk Star Formation, The Earliest Stars, ia melaporkan, “Pakar-pakar dalam bidang kosmologi meyakini alam ini bermula lebih kurang 15 bilion tahun dahulu dengan ledakan Big Bang. Ia melahirkan gas-gas hidrogen dan helium dalam bentuk gumpalan awan raksasa. Kesan daripada tarikan graviti yang berlaku antara molekul-molekul gas ini, lahirlah bintang-bintang.” Penemuan-penemuan ini dan yang seumpamanya mengesahkan kebenaran al-Quran yang terdapat dalam surah Fussilat ini.
Antara saintis yang kagum dengan kenyataan al-Quran ini ialah profesor Yoshihide Kozai daripada Universiti Tokyo, Jepun. Beliau merupakan pengarah National Astronomical Observatory di Mikata, Tokyo, Jepun.
Beliau ditunjukkan ayat-ayat al-Quran yang menceritakan tentang kejadian langit dan bumi. Selepas mengkaji ayat-ayat itu beliau merasakan seolah-olahnya ayat-ayat itu diceritakan oleh seorang yang melihat kejadian alam ini di peringkat tertinggi. Kuasa yang menceritakan kejadian ini mampu melihat kesemua apa yang berlaku…. Berhubung dengan kejadian langit dan bumi daripada asap, beliau berpendapat penemuan-penemuan semasa menunjukkan bahawa fenomena ini memang benar-benar berlaku. Alam sebelum ini memang wujud dalam bentuk gumpalan asap. Daripada gumpalan asap itu lahirlah bintang-bintang dan kelahiran itu menjadi batu asas kepada kelahiran alam ini.
Akhirnya beliau berkata, “Saya amat mengagumi fakta-fakta astronomi yang terdapat dalam Quran.. Dengan membaca Quran dan menjawab persoalan-persoalan yang timbul saya menemui cara untuk mengkaji alam semesta pada masa akan datang.” Hal ini laporkan dalam A Brief Illustrated Guide to Understanding Islam, Darus Salam Publications, 2nd Edition, May 1990.
