Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah."

Surah Al-Fatihah serta Surah Al-Ikhlas (Qul Hu-Allah huAhad)

|




Sekadar memanjangkan...(diambil dari e-mail yang dihantar oleh cikgu Rozila)

Bismillahi-Rahmanir-Rahim...
Assalamualaikum saudara Dan saudari,


Nama saya Mohammad Farid A. Hamid (
faridh63@yahoo.com,) Ini adalah pengakuan Dan pengalaman saya. Setakat ini saya telah memberitahu kepada kawan-kawan rapat serta saudara-mara rapat sahaja. Saya harap dengan pengakuan ini, dapatlah pengetahuan ini disampaikan kepada lebih ramai Muslimin, Dan dengan itu juga berkurangan lah beban saya untuk menyampaikan. InsyaAllah dapat melepaskan diri saya dari tanggungjawap ini, sekurang-kurangnya.


Pada masa saya berumur 13 tahun, saya telah diserang demam yang amat panas, sehingga tidak boleh bangun. Kerana kesempitan hidup, saya hanya dapat makan ubat-ubat yang dibeli dari kedai serta "air badak" pemberian ibu saya. Setiap malam, saya pasti meracau-racau, saya tidak lalu makan langsung. Ibu saya mengatakan, Mata saya berkaca kerana terlalu panas, serta selalu meminta air kerana dahaga teramat sangat. Setelah hampir seminggu saya telantar di katil bujang, ibu saya dapat sedikit Wang untuk membeli betik Dan tembikai. Kedua-duanya dipotong-potong Dan direndam dalam air ais untuk saya makan. Setelah saya makan dengan selera terbuka, saya tertidur nyenyak.


Saya telah bermimpi yang kesemua bumi yang dipijak ini merkah, pecah Dan segala bukit bukau, hutan rimba, belukar, rumah binaan, ranap dipukul ribut Dan gempa. Orang-orang bertempiran lari, serta menjerit-jerit. Yang anihnya, Ada bahagian yang merkah tadi terapung-apung naik ke udara, Dan Ada bahagian yang jatuh laju entah ke mana, bersama-sama orang-orang yang diatasnya. Bahagian tanah yang terapung kemudiannya bercantum-cantum membentuk satu dataran yang sangat luas yang tiada apa pun diatasnya kecuali air hujan didalam lopak-lopak. Saya bersama-sama orang-orang lain yang berada di bahagian yang terapung ini berkumpul, sambil tolong menolong kerana ramai yang cedera, patah tulang serta luka-luka.


Sedang saya melutut membantu mereka yang cedera, seorang yang berjubah putih datang kepada saya Dan mengatakan, "Bacakan lah ayat-ayat ini kepada air Dan berikan minum Dan sapukan kebahagian yang luka serta patah, InsyaAllah akan sembuh. Ajarkan lah kepada yang lain" Kemudian diberikan ayat-ayat tersebut seterusnya orang itu beredar. Kesemua yang selamat nampaknya mengikuti orang itu, menuju ke satu cahaya di timur. Saya hanya sempat melihat capal yang dipakai oleh orang itu, bentuk capal yang anih serta unik. Saya turutkan suruhan orang tadi, memang terbukti berkesan. Kemudian kami mengikuti orang-orang lain menuju cahaya itu diketuai oleh orang berjubah tadi.


Sedar saya dari tidur, saya dapati tilam saya dibasahi peluh, Dan ibu saya mengatakan nafas saya terhenti henti, kemudian laju, kemudian terhenti-henti sewaktu saya tidur. Tapi, saya tidak lagi demam, Dan kepala saya tidak pening lagi, terus sihat walaupun tidak bermaya. Mimpi itu tetap bermain di fikiran saya, Dan bentuk capal yang unik TU sentiasa berada difikiran. Saya selalu amalkan ayat-ayat tersebut, Dan dengan izin Allah, banyak yang dapat saya Bantu. Satu Hari, saya ternampak gambar didalam majalah, bentuk capal yang unik yang dipakai orang berjubah didalam mimpi saya. Capal tersebut dikatakan kepunyaan RasulAllah.


Untuk mendapat kepastian, saya bertanyakan Ustaz Abdullah yang mengajar saya sewaktu itu. Katanya, sekiranya mimpi yang dibacakan di dalamnya ayat-ayat Al-Quran, adalah benar, lebih-lebih lagi mimpi berjumpa RasulAllah, kerana syaitan tidak mungkin dapat menyerupai RasulAllah. Beliau kemudian memeluk saya, Dan berkata,"Awak amat beruntung, dapat mimpi berjumpa RasulAllah, kerana pada hemat saya mimpi awak adalah benar. Ikutilah pesan RasulAllah, Dan ajarkan ayat-ayat itu kepada yang lain".


Tuan-tuan, saudara Dan saudari, saya meminta supaya sampaikan pesan ini kepada yang lain. Bacalah Surah Al-Fatihah dari Bismillah sehingga Amin, serta Surah Al-Ikhlas (Tauhid, atau Qul Hu-Allah huAhad) keatas air Dan berikan minum serta sapu kebahagian yang sakit dengan niat untuk membantu Dan mengurangkan sakit bagi sesiapa sahaja, kerana Allah Ta'ala. Itulah pesanan RasulAllah, Dan saya telah menyampaikan. InsyaAllah, diberkati Allah niat yang baik serta bantuan tuan-tuan. Tolong sampaikan Dan ajarkan kepada yang lain, Dan jangan minta bayaran dari pertolongan tuan-tuan.


Wassalam.
Mohammad Farid A. Hamid
+012-9041917

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

|

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah
umatku BUKAN daripada kalangan umat".

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa
pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang
Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah
dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan
taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi
taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika
ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Li na Joy (Az lin a binti Jelani) yang sedang menunggu
keputusan. Li na Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India
beragama Kristian. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada
Li na Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan
Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada
Mahkamah Syariah.. Lan taran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah
Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang
menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih
agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his
religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim
Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika
dalam kes ini Li na Joy menang ; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa
implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai..
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi
kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya.
Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan
itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis
Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam
tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta , peguam/pemerhati
daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup
datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya.
Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah
saya melaporkan perkara ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata
tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah
menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di
Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang
Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari
percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka
dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke
gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya
dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk
agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan
India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang
menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000..
Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000
orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang..

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah
paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di
pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional
sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka
tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar
dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita
tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat.
Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam
dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di
dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis
berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka
berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu
mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga
wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam
liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang
sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam
mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan
keturunan Nabi.. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh
itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah
disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang
menjadikan Kristian berp ecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada
Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing
mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai
universiti dan media dengan di lin dungi dan disokong dengan kuat oleh AS
dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam
di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini
sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu
sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir
difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang
berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang
liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam
akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam
akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform
dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang
sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana
3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka
pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai
serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat
ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk
melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian
kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang.. Orientalis yang akhirnya masuk
Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan
bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan
diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu.
Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah
sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai
juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga
digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau
pihak kerajaan untuk me lin dungi kita. Allah tidak amanahkan Islam,
al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap
individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang
beriman kepada Allah ; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan.
Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat,
tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain.. Bagaimanapun, pada malam
kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang
berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan.. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak